Informasi Permainan Video Terkini
Pra-Pendaftaran Permua Digimon ReArise Kini Dibuka – Bakal Tiba Sekitar Tahun Ini Di iOS Dan Android

Pra-Pendaftaran Permua Digimon ReArise Kini Dibuka – Bakal Tiba Sekitar Tahun Ini Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

Dengan penutupan permua Digimon Links baru-baru ini, semestinya permua Digimon sudah tiada lagi buat pemain di Malaysia. Namun, bagi anda yang meminati siri Digimon, anda tidak perlu khuatir di mana hari ini Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permua Digimon ReArise secara global.

Digimon ReArise sebelum ini diumumkan tahun lepas di mana ianya adalah permua khas berdasarkan dunia Digimon dengan penceritaannya tersendiri.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permua ini akan memfokuskan pemain untuk menternak Digimon di samping meningkatkan kuasa mereka untuk berevolusi ke peringkat seterusnya. Menariknya, permua ini juga menyertakan bentuk pertarungan antara 5 lawan 5 di campur dengan penceritaannya tersendiri.

Bersempena dengan pengumuman ini, Bandai Namco juga membuka pra-pendaftaran buat permua ini di mana bagi anda yang berbuat demikian, mereka akan menyediakan pelbagai ganjaran seperti barangan perhiasan dan juga DigiEgg jika pra-pendaftaran melebihi 50,000 pengguna.

Bagi anda yang berminat dengan permua ini, anda boleh ke laman rasmi permua Digimon ReArise untuk mengetahui informasi lanjut. Manakala bagi anda yang membuat pra-pendaftaran, anda boeh berbuat demikian di bawah. Namun bagi iOS< ianya masih belum dibuka buat pasaran tempatan.

Pra-Daftar iOS: Digimon ReArise

Pra-Daftar Android: Digimon ReArise


TIPS & ULASAN