Informasi Permainan Video Terkini
Splatoon 2 – Kemaskini 5.0.0 Kini Dilancarkan Dengan Fungsi Pilihan Mod Splatfest

Splatoon 2 – Kemaskini 5.0.0 Kini Dilancarkan Dengan Fungsi Pilihan Mod Splatfest

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

Minggu lepas, acara Splatfest terakhir buat permainan Splatoon 2 akhirnya tamat di mana Nintendo menyatakan pada masa akan datang, mereka tidak akan menyertakan sebarang acara Splatfest baharu buat permainan tersebut.

Terkini, Nintendo akhirnya melancarkan kemaskini 5.0.0 buat permainan tersebut, yang mana ianya boleh dikatakan kemaskini utama terakhir buat permainan tersebut di mana ianya menyertakan beberapa kandungan baharu.

Antara kandungan utama yang disertakan adlaah keupayaan untuk bermain semula acara-acara Splatfest sebelum ini dengan pilihan mod Turf Wars. Melaluinya, segala muzik, animasi dan termasuklah lokasi peta 24 Shifty Station boleh dipilih untuk dimainkan oleh pemain. Nintendo juga menyertakan kostum “Splatfest Tee Replica” di mana ianya mempunyai fungsi kemahiran gandaan bersama-sama dengan visual warna mengikut warna musuh.

Bagi anda yang ingin membaca keseluruh kemaskini oleh Nintendo, termasuklah keseimbangan permainan, anda boleh melihatnya di laman rasmi Nintendo.

Splatoon 2 merupakan permainan penembak atas-talian yang mana ianya telah pun dilancarkan khas di konsol Nintendo Switch.


TIPS & ULASAN