Capcom hari ini mengumumkan bahawa pernambahan Iceborne buat permainan Monster Hunter World bagi platform PC akan dilancarkan Januari tahun hadapan.
Ini sekaligus meletakkan pemburu di PC (Melalui Steam) bakal menyertai dunia Hoarfrost Reach menjelang awal tahun depan, berbanding di konsol pada September ini.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Iceborne merupakan pernambahan seterusnya buat permainan Monster Hunter World. Ianya memfokuskan lokasi baharu bersalji iaitu Hoarfrost Reach dan menyertakan beberapa bentuk permainan baharu dan raksasa baharu. Untuk informasi lanjut berkenaannya, anda boleh membaca di artikel ini.
Semalam kami juga melaporkan jumlah trofi yang bakal tiba buat permainan Monster Hunter World: Iceborne yang mana ianya mencecah 100 trofi dicampur dengan permainan asas Monster Hunter World.
Monster Hunter World telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.