Informasi Permainan Video Terkini
4 Permainan Menarik Untuk Bulan Ogos 2019

4 Permainan Menarik Untuk Bulan Ogos 2019

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

Saya masih bertungkus lumus untuk menghabiskan Fire Emblem: Three Houses yang dikeluarkan pada akhir bulan lepas, satu perkara yang ‘positif’ adalah tampaknya bulan Ogos bermula dengan perlahan.

Kebanyakan permainan utama dikeluarkan pada akhir bulan ini. 3 daripada 4 permainan menarik yang saya sertakan di dalam senarai ini, kesemua dikeluarkan pada suku akhir bulan ini. Oleh disebabkan itu, jika anda masih ada permainan dari bulan lepas, sempat lagi untuk menghabiskannya. Berikut adalah 4 permainan menarik dikeluarkan pada bulan ini;

Oninaki

Permainan seterusnya oleh studio Tokyo RPG Factory yang mengeluarkan permainan seperti I Am Setsuna dan Lost Spear adalah Oninaki. Berdasarkan demo yang kini boleh dimuat turun secara percuma, mereka membawa satu konsep RPG yang lebih terbaru melalui permainan ini. Jika anda menyukai permainan RPG yang lebih aktif, ataupun dengan nama lain RPG Aksi, Oninaki adalah satu permainan yagn menarik. Oninaki akan dikeluarkan pada 22 Ogos untuk PlayStation 4, Switch dan PC.

Control

Permainan seterusnya adalah Control iaitu projek terbaru daripada Remedy Entertainment yang popular dengan permainan Max Payne dan juga Alan Wake. Control adalah permainan aksi pengembaraan yang watak kawalan mempunyai kuasa yang boleh dijadikan sebagai senjata untuk menyelesaikan misteri di dalam permainan ini. Control akan dikeluarkan pada 27 Ogos 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

The Dark Pictures: Man of Medan

Walaupun permainan seram bukanlah kegemaran saya tetapi permainan sebelum ini oleh pembangun Supermassive Games iaitu Until Dawn merupakan antara permainan seram yang saya boleh katakan saya menarik untuk dimainkan. The Dark Pictures: Man of Medan menjanjikan pengalaman yang lebih baik berbanding Until Dawn, dan ia juga menyertakan pelbagai mod multi-pemain yang akan menjadikan ia lebih menarik. Permainan ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 30 Ogos 2019.

Astral Chain

Saya boleh katakan walaupun terdapat pelbagai yang akan dikeluarkan pada bulan ini, Astral Chain merupakan permainan yang paling menarik minat saya. Ia dibangunkan oleh Platinum Games di-bawah seliaan Takahisa Taura iaitu pereka utama untuk Nier: Automata dan juga Hideki Kamiya iaitu pencipta siri Devil May Cry dan Bayonetta. Astral Chain merupakan permainan aksi yang akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch pada 30 Ogos 2019.


Berdasarkan senarai di atas, dan juga permainan-permainan lain yang akan dikeluarkan pada bulan ini, anda boleh merujuk kepada senarai yang kami kongsikan di bawah, permainan mana yang menjadi sasaran untuk anda?


TIPS & ULASAN