Skip to main content

Kejohanan Piala Dunia Fortnite selesai dilangsungkan pada hujung minggu lepas dan menurut Epic Games, kejohanan tersebut dihadiri oleh 19 ribu pengunjung dan ia mencatat 2.3 juta penonton serentak di YouTube dan Twitch.

Jumlah tersebut menjadikan kejohanan ini adalah kejohanan e-sukan yang paling ramai ditonton (kecuali China). Tambahan, jumlah tersebut tidak mengambil kira penonton yang menontonnya di dalam permainan dan juga platform lain.

Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu Solo, Duos, Creative dan juga Pro-Am;

Bagi kategori Solo, Bugha iaitu pemain yang baru berusia 16 tahun dari Amerika Syarikat menjadi juara keseluruhan. Beliau membawa pulang hadiah bernilai $3 juta(~RM12.34 juta).

Manakala untuk kategori Duos ia dimenangi oleh Aqua dari Austria bersama dengan Nyhrox dari Norway dan mereka berkongsi hadiah bernilai $3 juta(~RM12.34 juta).

Manakala untuk kategori Creative dimenangi oleh empat pemain iaitu Cizzors, Hiimtylerh, Suezhoo dan Zand yang berkongsi hadiah $1.34 juta(RM5.55 juta). Akhir sekali, untuk kategori Charity Pro-Am, Airwaks dan RL Grime berkongsi hadiah bernilai $1 juta (RM4.14 juta) sebagai juara.

Tahniah kami ucapkan kepada kesemua pemenang, dan dengan pencapaian memecah rekod tontonan, Epic Games sudah semestinya akan lebih mempelbagaikan lagi usaha mereka untuk meningkatkan e-sukan Fortnite.

Leave a Reply