Skip to main content

Dengan berlangsungnya kejohanan permainan perlawanan, EVO hujung minggu ini, Capcom hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan watak DLC baharu buat permainan Street Fighter V: Arcade Edition bersempena dengannya.

Watak DLC yang bakal tiba adalah E. Honda, salah satu watak klasik buat siri Street Fighter sebelum bersama-sama dengan watak Poison dan Lucia di mana mereka merupakan watak dari siri Final Fight.

Menurut Capcom, watak tersebut boleh dibeli secara berasingan bermula 4 Ogos 2019 ini. Namun, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan secara bersama, Capcom juga akan melancarkan berkas “Summer 2019 Character Bundle” bermula 5 Ogos 2019 kelak.

Menariknya, bersempena dengan pengumuman ini, Capcom juga memperliahtkan lokasi permainan baharu iaitu Honda Sento, di mana ianya adalah tempat kolam air panas berdasarkan watak E. Honda.

Tambahan itu, seperti biasa watak-watak DLC baharu ini juga akan disertakan dengan pelbagai kostum yang mana terdiri daripada kostum-kostum klasik, kostum musim panas dan sebagainya.

Street Fighter V: Arcade Edition merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Capcom buat konsol Playstation 4 dan PC, di mana ianya adalah edisi Street Fighter V yang menyertakan pelbagai kandungan tambahan, termasuklah watak-watak musim pertama dan kedua.

Bagi anda yang masih belum memiliki permainan ini, anda juga berupaya untuk mencuba permainan asas Street Fighter V bermula hari ini.

Leave a Reply