Monument Valley merupakan siri permainan mudah-alih (Permua) tekaria yang menjadi kesukaan saya sendiri di mana ianya banyak menggunakan bentuk perspektif dengan sangat bijak sekali, bersama-sama dengan bentuk visual yang sangat unik.

Permua tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di peranti telefon pintar iaitu Monument Valley pertama dan juga Monument Valley 2, yang mana sebelum ini kami berkongsi ianya dijual dengan baik sekali.

Terkini, UsTwo Games mengesahkan bahawa mereka kini sedang membangunkan permua seterusnya buat siri tersebut iaitu Monument Valley 3, bersama-sama dengan dua lagi permua yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.

Melalui kenyataan mereka di Twitter, UsTwo Games menyatakan bahawa mereka sedang mencari pengarah permainan baharu untuk pembangunkan permua-permua tersebut. Bersama dengan kenyataan tersebut, mereka juga mengesahkan bahawa Monument Valley 3 kini sedang dibangunkan.

Menariknya sekali, bagi anda yang berminat memohon kerja di UsTwo Games, anda boleh melihat informasi lanjut di laman rasmi pembangun tersebut.

Sohor Kini