Permainan LEGO Jurassic World sebelum ini telah pun dilancarkan di pelbagai konsol dan PC beberapa tahun lepas di mana ianya adalah permainan bertemakan dunia LEGO daripada francais filem, Jurassic World.

Terkini, Warner Bros. Interactive megnumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan LEGO Jurassic World ke konsol Switch pada 17 September 2019 ini.

Seperti versi konsol lain sebelum ini, LEGO Jurassic World akan menyertakan kandungan daripada 4 filem siri Jurassic World iaitu Jurassic Park, The Lost World: Jurassic Park, Jurassic Park III dan Jurassic World.

Melaluinya, pemain berupaya untuk bermain semula penceritaan daripada keempat-empat filem tersebut disamping memperlihatkan pelbagai adegan yang dihasilkan semula dengan bentuk LEGO yang mana pasti akan menyertakan pelbagai bentuk adegan lucu.

Bagi anda yang berminat dengan Dinosaur mahupun siri filem Jurassic Park, pastikan anda mendapatkan permainan ini menjelang September ini.

Sohor Kini