Skip to main content

Langganan Xbox Game Pass sememangnya menjadi satu langganan yang sangat berbaloi, terutamanya sejak pengumuman servis tersebut juga tiba di PC, dan bukan lagi eksklusif di konsol Xbox One sahaja.

Terkini, bersempena bulan Ogos ini Microsoft berkongsi sebilangan permainan tambahan yang bakal tiba bagi bulan ini bersama-sama dengan set cabaran baharu yang pemain boleh dapatkan melalui sistem misi yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.

Antara permainan yang diumumkan bersama tarikh pelancaran mengikut platform adalah:

  • Ashes Cricket (1 Ogos 2019) di Xbox One
  • Pandemic (1 Ogos 2019) di Xbox One
  • Downwell (1 Ogos 2019) di PC
  • Jackbox Party Pack 2 (8 Ogos 2019) di Xbox One
  • Space Hulk Tactics (8 Ogos 2019) di PC
  • Slay The Spire (14 Ogos 2019) di Xbox One dan PC

Manakala dari segi sistem Xbox Game Pass Quest pula, Microsoft mengumumkan bermula 1 Ogos sehingga 2 September, pemain berupaya untuk mendapatkan lebih dari 1,200 nilai Microsoft Rewards dengan melakukan cabaran-cabaran:

  • Batman: Arkham Knight – Dapatkan 2 Pencapaian (200 Microsoft Rewards)
  • Metro Exodus, Metro Last Light dan Metro 2033 Redux – Dapatkan 1 Pencapaian di mana-mana permainan Metro (100 Microsoft Rewards)
  • Borderlands: The Handsome Collection, Doom dan Payday 2 – Dapatkan 1 pencapaian di setiap permainan (300 Microsoft Rewards)
  • Ashen Cricket – Dapatkan 2 Pencapaian (100 Microsoft Rewards)
  • “Play Something New” – Main permainan di bahagian koleksi “Play Something New” dan dapatkan 1 pencapaian (100 Microsoft Rewards)
  • Musim Panas di ID@Xbox – Dapatkan 3 Pencapaian buat permainan yang berada di dalam koleksi Musim Panas di ID@Xbox (300 Microsoft Rewards)
  • Aplikasi Mudah-Alih -Log masuk ke aplikasi Xbox 4 kali pada 4 hari yang berlainan (100 Microsoft Rewards)
  • Aplikasi Mudah-Alih – Muat-turun permainan Xbox Game Pass melalui aplikasi Xbox (100 Microsoft Rewards)

Semestinya ganjaran yang tersedia sangat mudah untuk dilakukan dan menariknya sekali, nilai Microsoft Rewards yang anda dapatkan boleh digunakan untuk menebus langganan-langganan di Xbox One ataupun PC.

Leave a Reply