Skip to main content

Gearbox Software hari ini mengumumkan bahawa permainan akan datang, Borderlands 3 sudah siap dibangunkan dan kini di dalam proses peredaran untuk dipasarkan.

Semestinya dengan pengumuman ini membuatkan ramai peminat tidak sabar untuk kembali ke dunia Borderlands, di mana ianya merupakan salah satu permainan “Looter Shooter” yang sangat terkenal beberapa tahun lepas.

Selain itu, ini juga tidak bermakna bahawa permainan ini tidak akan mempunyai sebarang kandungan pasca-pelancaran di mana kami di Aksiz pasti Gearbox Software kini sedang menghasilkan pelbagai kandungan tambahan yang bakal tiba kelak.

Borderlands 3 akan dilancarkan pada 13 September 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Game Stores.

Leave a Reply