Tampaknya, Capcom sememangnya akan mengejutkan pemain untuk pernambahan seterusnya bagi Monster Hunter World, iaitu Iceborne di mana hari ini, pernambahan tersebut disahkan akan mempunyai trofi Platinum tersendiri buat versi Playstation 4.
Sememangnya sebelum ini, Capcom mengesahkan bahawa pernambahan Iceborne merupakan pernambahan utama pertama dan terakhir buat permainan Monster Hunter World. Sekaligus, mereka juga menyatakan bahawa pernambahan tersebut juga mempunyai kandungan yang sangat pelbagai.
Melalui laporan Push Square, pernambahan Iceborne bukan sahaja mempunyai trofi Platinumnya tersendiri, malah permainan tersebut mempunyai 50 trofi yang pemain boleh dapatkan. Sekaligus jumlah trofi buat permainan Monster Hunter World dan pernambahan Iceborne adalah sebanyak 100 trofi, dicampur dengan dua trofi Platinum.
Semestinya dengan nilai ini, ianya boleh dikatakan bahawa pernambahan ini sememangnya satu pernambahan yang sangat besar oleh Capcom dan bagi mereka yang menyukai siri Monster Hunter, Iceborne pasti akan memenuhi tempoh jam permainan anda.
Monster Hunter World: Iceborne akan dilancarkan secara rasmi di Playstation 4 dan Xbox One menjelang 6 September 2019 ini. Bagi versi PC, ianya bakal tiba sekitar tahun ini.