Nintendo hari ini akhirnya melancarkan kemaskini 4.0.0 buat permainan Super Smash Bros. Ultimate yang mana ianya menyertakan beberapa pernambah-baikkan buat permainan tersebut dan juga watak DLC seterusnya yang diumumkan sebelum ini, iaitu watak Hero dari siri Dragon Quest.
Bersempena dengan pelancaran kemaskini tersebut, Nintendo juga berkongsi satu video khas yang mana ianya memaparkan Masahiro Sakurai, iaitu pengarah permainan tersebut berkongsi sebilangan informasi baharu berkenaan permainan tersebut.
Perkara pertama yang yang dikongsikan oleh beliau adalah informasi berkenaan siri Dragon Quest yang mana mereka memperlihatkan sejarah permainan tersebut termasuklah beberapa bentuk permainan buat watak Hero tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, watak tersebut akan menyertakan 4 rupa kostum berbeza berdasarkan siri-siri Dragon Quest sebelum ini, termasuklah Dragon Quest terkini iaitu Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age. Menariknya, Masahiro Sakurai juga berkongi nama rasmi buat watak-watak tersebut, untuk memudahkan pemain membuat pilihan iaitu Eleven, Arusu, Solo dan Eight.
Tambahan itu, bentuk perlawanan bagi watak DLC tersebut juga diperlihatkan dengan lebih lanjut di mana pemain berupaya untuk bertempur dengan pedang dan juga menepis serangan musuh dengan perisai.

Meskipun begitu, perkara yang menarik minat saya sendiri untuk watak ini adalah keupayaan untuk melakukan pelbagai kemahiran magis yang mana berkait rapat dengan nilai MP yang pemain ada, seperti permainan Dragon Quest sendiri. Sekaligus konsep ini semestinya membuatkan watak ini sangat unik untuk dimainkan dan Masahiro Sakurai sendiri menyatakan watak ini mempunyai kemahiran yang paling banyak buat semua watak di dalam permainan tersebut.

Kemahiran Smash akhir juga diperlihatkan di mana pemain berupaya untuk melakukan serangan Gigaslash yang mana ianya akan menyertakan kesemua watak-watak Hero lain dari siri Dragon Quest sebelum ini.

Seperti watak DLC sebelum ini, ianya juga akan menyertakan peta lokasi khas berdasarkan watak permainan tersebut, di mana melaluinya, ianya akan menyertakan lokasi Yggdrasil’s Altar daripada permainan Dragon Quest XI. Menariknya peta lokasi tersebut juga akan menerbang yang mana akan memperlihatkan pelbagai lokasi di dalam dunia tersebut.
Selain itu, muzik-muzik latar daripada siri Dragon Quest juga disertakan bersama-sama kandungan mod Spirits buat permainan ini.

Bagi anda yang berminat, watak Hero dari Dragon Quest ini telah pun dilancarkan hari ini di mana ianya boleh dibeli melalui pas musim Challenger Packs dengan harga $24.99(~RM104) ataupun secara berasingan dengan harga $5.99(~RM25).

Menariknya sekali, Mii Fighters juga bakal menerima pelbagai kostum-kostum bertemakan permainan Dragon Quest di mana ianya boleh didapatkan secara berasingan dengan harga $0.75(~RM3) setiap satu.
Manakala bagi kemaskini 4.0.0 pula, Nintendo juga membawa beberapa pernambah-baikkan bentuk permainan yang mana sedikit sebanyak mengubah bentuk permainan perlawanan bagi Super Smash Bros. Ultimate ini.

Antara pengubah-suaian yang terbesar adalah meter Smash akhir kini mempunyai had masa yang mana ianya akan berkurangan jika pemain tidak melakukan serangan tersebut. Selain itu, tahap kesukaran yang lebih senang buat mod pengembaraan juga ditambahkan, bersama-sama dengan fungsi mod penonton juga dipernambah-baikkan dan mod kejohanan atas-talian juga disertakan.
Bagi anda yang ingin mengetahui kesemua perubahan yang dilakukan oleh Nintendo, anda boleh melihat senarai penuh kemaskini termasuklah keseimbangan permainan, di laman rasmi Nintendo.
Super Smash Bros. Ultimate telah pun dilancarkan di konsol Switch dan boleh dibeli dengan harga $59.99(~RM248) di Nintendo eShop ataupun mana-mana pengedar rasmi permainan tersebut.