Informasi Permainan Video Terkini
Concrete Genie Bakal Tiba 9 Oktober Ini Buat Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM129

Concrete Genie Bakal Tiba 9 Oktober Ini Buat Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM129

Diterbitkan pada July 31, 2019 oleh .

Tampaknya, permainan seterusnya oleh PixelOpus yang diumumkan beberapa tahun lepas, Concrete Genie akhirnya mendapat tarikh pelancaran rasmi buat pasaran Malaysia, iaitu 9 Oktober 2019 ini khas di konsol Playstation 4.

Bersempena dengan pengumuman ini, Sony Interactive Entertainment juga mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dijual dengan beberapa kandungan yang berlainan, termasuklah edisi fizikal. Berikut adalah harga rasmi bagi permainan tersebut yang mana ianya sudah pun boleh dipra-tempah:

  • Concrete Genie edisi biasa fizikal – RM129
  • Concrete Genie edisi biasa digital – RM129
  • Concrete Genie edisi Deluxe digital – RM169

Bagi edisi biasa dan deluxe bagi versi digital buat permainan tersebut, Sony akan menyertakan beberapa kandungan digital khas buat mereka yang membuat pra-tempahan. Manakala bagi versi fizikal, ianya akan diberi buat mereka yang membuat pembelian awal sebelum 22 Oktober 2019. Kandungan yang disertakan adalah:

  • Tema Concrete Genie “Denska” dinamik Playstation 4
  • Set avatar Concrete Genie

Manakala bagi edisi Deluxe digital pula, Sony akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan yang menarik. Tambahan itu, buat mereka yang juga membuat pra-tempahan bagi edisi ini, mereka juga akan menerima kandungan di atas, bersama-sama dengan kandungan Deluxe lain iaitu:

  • Permainan penuh Concrete Genie
  • Muzik latar digital “The Music Of Concrete Genie”
  • Buku karya digital
  • Pek rekaan Pond
  • Tema Concrete Genie “Lighthouse” dinamik Playstation 4

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Concrete Genie merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan watak Ash yang sering dibuli di bandar terbiar Denska. Untuk melarikan masalah tersebut, Ash meluangkan masa beliau dengan melukis pelbagai jenis lukisan fantas dan menariknya, lukisan-lukisan tersebut kemudiannya menjadi lukisan bernyawa dengan pelbagai makhluk fantasi, dan beliau kemudian perlu menyelamatkan bandar tersebut daripada ditakhluk dengan kuasa jahat.

Selain itu, melalui laman rasmi Blog Playstation, PixelOpus mengumumkan permainan ini juga akan menyertakan mod foto yang mana pemain berupaya untuk menggayakan pelbagai bentuk foto yang menarik dengan fungsi masa berlalu. Sebelum ini, PixelOpus juga mengesahkan mod realiti-maya juga bakal tiba.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, pastikan anda membuat pra-tempahan bermula hari ini melalui PSN Store bagi versi digital ataupun di mana-mana pengedar rasmi Playstation bagi versi fizikal.

Pra-Tempah: Concrete Genie edisi biasa digital

Pra-Tempah: Concrete Genie edisi Deluxe digital


TIPS & ULASAN