Microids dan Paws Inc hari ini mengumumkan yang permainan perlumbaan kart Garfield Kart Furious Racing akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 5 November ini.
Ia akan menyertakan pelbagai watak daripada siri komik Garfield seperti Jon dan Odie. Setiap watak akan mempunyai gaya tersendiri yang menjadikan setiap pemanduan unik.
Kart juga boleh diubah suai menggunakan pelbagai aksesori. Seperti permainan kart yang lain, ia juga akan mempunyai barangan berkuasa seperti bantal dan juga tongkat sakti.
Bagi litar pula ia akan menyertakan 16 litar berdasarkan dunia Garfield seperti Palerock Lake dan Pastacosi Factory. Bagi sesi multi-pemain, ia menyokong sehinga 8 pemain secara dalam talian, dan 4 pemain setempat. Terdapat tiga mod perlumbaan iaitu Grand Prix, perlumbaan solo dan ujian masa.