Minggu lepas video acah pertama untuk filem kedua Zombieland iaitu Zombieland: Double Tap dikeluarkan.
Hari ini, GameMill dan High Voltage Software mengumumkan yang permainan menembak berdasarkan filem tersebut iaitu Zombieland: Double Tap- Road Trip akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia akan tiba pada 15 Oktober 2019 iaitu beberapa hari sebelum filem tersebut ditayangkan yang dijangka pada 18 Oktober 2019.

Ia merupakan permainan menembak pandangan atas yang boleh dimainkan secara multi-pemain setempat sehingga 4 pemain. Di dalam permainan ini anda akan mengawal watak daripada filem tersebut iaitu Tallahassee, Columbus, Wichita dan Little Rock termasuk juga watak baharu yang akan tiba dalam filem tersebut.