Asmodee Digital hari ini mengumumkan yang permainan kad The Lord of the Rings: Adventure Card Game akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch pada 29 Ogos 2019. Bagi PC ia sudah dikeluarkan secara akses awal sejak tahun lepas.
Permainan tersebut seperti judulnya akan membawa dunia rekaan J.R.R Tolkien ke dalam bentuk permainan kad menyertakan mod permainan pengembaraan secara solo dan juga koperasi. Ia akan menyertakan penceritaan yang mendalam bersama dengan bentuk permainan yang memerlukan strategi.
Bagi yang sudah memiliki permainan tersebut di PC, kandungan penambahan percuma iaitu Encounter 3: Gundabad Awoken juga kini tiba. Ia akan menyertakan pelbagai cabaran baharu.
Buat masa ini harga masih belum dikongsi tetapi ia dijual dengan harga RM38 di Steam.