Informasi Permainan Video Terkini
Switch Terjual Sebanyak 36.87 Juta Unit Dan Super Mario Maker Terjual 2.42 Juta Unit Selepas 3 Hari

Switch Terjual Sebanyak 36.87 Juta Unit Dan Super Mario Maker Terjual 2.42 Juta Unit Selepas 3 Hari

Diterbitkan pada July 30, 2019 oleh .

Seperti Sony, Nintendo juga hari ini berkongsi laporan kewangan mereka bagi suku pertama untuk tahun fiskal 2019. Antara yang dikongsi adalah jumlah Switch terjual setakat Jun 2019 adalah 36.87 juta unit.

Jumlah tersebut menjadikan jumlah penjualan Switch sepanjang bulan April sehingga Jun 2019 adalah sebanyak 2.13 juta unit. Ia adalah lebih tinggi berbanding jualan pada suku yang sama pada tahun lepas yang sekadar mencatat 1.7 juta unit.

Dengan hadirnya versi baharu iaitu Switch Lite yang akan tiba pada bulan terakhir untuk suku kedua, kita mungkin akan melihat peningkatan yang lebih tinggi pada suku tersebut.

Manakala untuk penjualan perisian pula, Nintendo mengumumkan yang Super Mario Maker 2 yang dikeluarkan pada 28 Jun telah terjual sebanyak 2.42 juta unit pada 30 Jun dengan kata lain selama 3 hari sahaja.

Kami menjangkakan pada suku hadapan, permainan tersebut akan menjadi antara 10 permainan parti pertama dengan jualan terbanyak mengatasi Mario Tennis Aces yang berada di tempat ke-10 dengan jumlah jualan 2.75 juta unit malahan 1-2 Switch juga yang berada di tempat ke-9 dengan 3.01 juta uit.


TIPS & ULASAN