Melalui saluran rasmi Youtube Nintend, Platinum Games minggu ini berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan dengan lebih lanjut bentuk permainan Astral Chain.
Melalui video berdurasi 10 minit tersebut, pasukan polis Neuron juga diperkenalkan secara rasmi di mana pemain akan bermain sebagai ahli-ahli pasukan tersebut, untuk bertembung dengan raksasa bermisteri, Chimeras.
Video tersebut memperlihatkan dunia Astral Chain yang mana ianya diserang oleh makhluk bermisteri Chimeras, dan pemain sebagai ahli pasukan polis Neuron, pemain perlu mmepertahannya daripada diserang oleh makhluk tersebut.
Melaluinya, pemain juga akan mengendali satu senjata yang bernyawa, dipanggil Legions untuk membantu pemain membanteraskan musuh-musuh yang mana senjata tersebut juga menyertakan pelbagai bentuk kemahiran buat pemain.
Pemain berupaya untuk memanggil Legion dengan menggunakan Legatus, dan melakukan pelbagai jenis serangan seperti serangan jarak dekat dan juga serangan jarak jauh. Menarik sekali, Astral Chain juga akan menyertakan beberapa jenis senjata Legion yang berbeza, di mana setiap satu mempunyai kemahiran yang unik. Pemain juga berupaya untuk mengelak daripada serangan musuh dan perlu bekerjasama bersama Legion untuk menewaskan musuh.
Menariknya juga, pemain juga berupaya untuk melakukan serangan menyegerak bersama senjata Legion, sekaligus membuat permainan ini kelihatan satu lagi permainan beraksi yang sangat menarik oleh Platinum Games.
Selain itu, permainan ini juga kelihatan mempunyai beberapa elemen penyiasatan dan tekaria yang pemain perlu lakukan, sekaligus mengingatkan kami dengan elemen-elemen yang terdapat di dalam permainan seperti NieR: Automata, yang mana juga permainan oleh Platinum Games.
Astral Chain bakal tiba secara rasmi pada 30 Ogos 2019 ini khas di konsol Switch.