Bagi anda yang meminati permainan bergenre rentak muzik, anda pasti mengetahui berkenaan dua permainan ini iaitu DJ Max dan Deemo di mana ianya adalah salah satu permainan rentak muzik yang sangat terkenal di kalangan pemain.

Terkini, Neowiz dan Raayark Games mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan kolaborasi khas bersama melalui permainan DJ Max Respect, dengan melancarkan DLC khas.

Melaluinya, pemain berupaya untuk bermain pelbagai muzik dari permainan Deemo di dalam permainan DJ Max Respect. Selain itu, DLC tersebut juga menyertakan beberapa paparan antara muka berdasarkan permainan Deemo yang pemain boleh tetapkan.

Berikut merupakan muzik yang disertakan melalui DLC ini:

  • Angelic Sphere
  • ANiMA
  • Dream
  • Legacy
  • Magnolia
  • Nine point eight
  • Sairai
  • Undo
  • Utopiosphere
  • YUBIKIRI-GENMAN

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan DLC ini, ianya sudah pun dijual dengan harga RM49 sahaja, melalui PSN Store.

DJ Max Respect merupakan permainan rentak muzik yang dibangunkan oleh Neowiz secara eksklusif di konsol Playstation 4 pada 2017 lepas. Kami sebelum ini juga telah mengulasnya di mana anda boleh membacanya di sini.

DLC DJ Max Respect: Deemo Pack

Sohor Kini