Capcom hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sesi percubaan secara percuma buat permainan Street Fighter V di Playstation 4 dan PC bermula 1 hingga 11 Ogos ini.
Melalui sesi ini, ianya membenarkan pemain untuk memuat-turun edisi percubaan permainan tersebut bermula 1 Ogos di mana ianya boleh dimuat-turun di PSN Store bagi konsol Playstation 4 dan di Steam bagi versi PC secara percuma. Sesi percubaan tersebut juga akan menyertakan 16 watak asal yang dilancarkan bersama permainan tersebut bersama-sama dengan watak DLC musim ketiga, iaitu Sakura, Blanka, Falke, Cody, G dan Sagat.
Sememangnya ini merupakan satu perkara yang menarik terutamanya buat mereka yang masih belum berpeluang untuk mencuba watak-watak tersebut. Sekaligus, bagi anda yang berminat, anda boleh ke platform pilihan anda menjelang Ogos ini untuk mencubanya.
Street Fighter V telah pun dilancarkan pada 2016 lepas, dan ia juga menerima versi pernambah-baikkan pada 2018 lepas dengan permainan Street Fighter V: Arcade Edition yang dilancarkan juga di platform yang sama.