Bend Studio hari ini mengumumkan yang mana mereka kini melancarkan 3 pelekat motosikal khas bertemakan permainan Uncharted 4: A Thief’s End buat permainan Days Gone.

Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu memuat-turun kemaskini permainan tersebut secara terkini dan ke lokasi mekanik untuk menukar ataupun meletakkan pelekat tersebut.

Melalui Twitter rasmi Bend Studio, terdapat 3 rekaan pelekat yang disertakan iaitu berdasarkan watak Sam, pasukan Shoreline dan rekaan “Flashback”.

Walaupun pelekat-pelekat tersebut hanyalah logo melambangkan kandungan permainan daripada Uncharted sahaja, namun dengan mempunyai tema kolaborasi ini semestinya membuatkan permainan Days Gone ini menjadi lebih menarik.

Sebelum ini, Bend Studio juga baru sahaja mengemaskini permainan Days Gone tersebut dengan kemaskini 1.30 di mana anda boleh membaca lebih lanjut melalui artikel ini.

Days Gone merupakan permainan dunia terbuka yang dilancarkan eksklusif di konsol Playstation 4 April lepas. Kami sebelum ini juga telah membuat ulasan penuh di mana anda boleh membacanya di bawah.

Sohor Kini