Skip to main content

E3 2019 lepas, Playful mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan New Super Lucky’s Tale di konsol Switch, di mana ianya adalah permainan Super Lucky’s Tale yang dipernambahkan dengan beberapa kandungan baharu.

Terkini, tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan secara rasmi iaitu ia bakal tiba pada 8 November 2019 ini.

Bersempena dengan pengumuman tersebut, Playful juga berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan watak Lucky, iaitu watak utama di dalam permainan tersebut bersama-sama dengan pelbagai bentuk dan aksi lagak yang pemain boleh lakukan bersama beliau.

Jun lepas, Playful juga berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan beberapa kandungan baharu yang bakal tiba melalui permainan New Super Lucky’s Tale.

Super Lucky’s Tale sebelum ini telah dilancarkan di Xbox One dan PC di mana kini melalui edisi ‘baharu’ ini, Playful menyatakan ianya bakal tiba khas di Switch menjelang November kelak.

Leave a Reply