Cubinet minggu ini mengumumkan yang sesi beta tertutup untuk permainan mudah alih terbaru mereka iaitu Triple Chain akan bermula pada 31 Julai 2019 untuk Android dan juga iOS. Permainan tersebut sebelum ini dikeluarkan secara alfa.

Triple Chain: Strategy & Puzzle RPG merupakan permainan mudah alih yang menyertakan pelbagai mod permainan berbeza. Antaranya adalah mod cerita dan mod PvP. Terdapat pelbagai watak menarik untuk pemain peroleh sepanjang bermain bagi membina satu pasukan tersendiri.

Jika anda berminat untuk mencuba permainan ini, pendaftaran kini dibuka melalui laman yang kami sertakan di bawah. Dapatkan pelbagai barangan di dalam permainan bergantung kepada jumlah pemain yang mendaftar.

Permainan ini memerlukan peranti Android untuk mempunyai sistem operasi KitKat dan terbaru bersama dengan 2GB RAM. Peranti iOS pula ia menyokong iPhone 6 dan terbaru.

Permainan ini dijangkakan akan dikeluarkan sepenuhnya pada 31 Ogos 2019.

Pendaftaran Beta Tertutup: Triple Chain: Strategy & Puzzle RPG

Sohor Kini