Kemaskini: Tarikh pelancaran rasmi juga disahkan bakal tiba pada 17 Oktober 2019 bersama-sama video acah baharu.

Sebelum ini, Grasshopper Manufacture mengumuman permainan Travis Strikes Again: No More Heroes akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan PC melalui Steam. Terkini, tarikh pelancaran buat permainan tersebut akhirnya diumumkan iaitu pada 17 Oktober 2019 kelak.

Namun, buat masa ini tarikh pelancaran ini disahkan buat pasaran Jepun sahaja, akan tetapi melalui laman rasmi Steam permainan tersebut, ianya disahkan bakal tiba pada tarikh yang sama.

Menurut Grasshopper Manufacture, versi konsol Playstation 4 dan PC akan dilancarkan sebagai edisi lengkap yang mana ianya menyertakan DLC yang dilancarkan sebelum ini di konsol Switch. Dua DLC yang bakal disertakan bersama adalah DLC Black Dandelion dan Bubblegum Fatale di mana ianya akan menyertakan watak Shinobu Jacobs dan Bad Girl.

Menariknya, bagi anda yang merancang untuk mendapatkan permainan tersebut secara fizikal di Playstation 4, Grasshoper Manufacture juga akan menyertakan pelekat khas.

Travis Strikes Again: No More Heroes Complete Edition adalah permainan aksi atas-bawah oleh Suda51 di mana asalnya ianya dilancarkan di konsol Switch.

Sohor Kini