Mac lepas, SEGA mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Sakura Wars baharu yang mana ianya akan bertempatkan beberapa tahun selepas permainan Sakura Wars: So Long My Love yang dilancarkan 2005 lepas.
Buat masa ini, permainan ini masih belum mempunyai nama rasmi dan ianya hanya dipanggil Project Sakura Wars dan ianya disahkan bakal dilancarkan tahun hadapan di konsol Playstation 4 buat pasaran global. Bagi pasaran Jepun, ianya bakal dilancarkan 12 Disember 2019 ini.
Beberapa hari lepas, SEGA akhirnya memperlihatkan video acah baharu buat permainan tersebut yang mana ianya memperlihatkan sebahagian adegan permainan termasuklah bentuk permainannya.
Menariknya, berdasarkan bentuk permainan yang diperlihatkan, ianya tampaknya akan memfokuskan bentuk permainan beraksi dan tidak lagi mempunyai bentuk permainan strategi secara turutan seperti permainan sebelum ini.
Semestinya buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsikan dan kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut.