Informasi Permainan Video Terkini
Kasut Onitsuka Tiger x Street Fighter V: Arcade Edition Kini Tiba Di Pasaran – Berharga RM699

Kasut Onitsuka Tiger x Street Fighter V: Arcade Edition Kini Tiba Di Pasaran – Berharga RM699

Diterbitkan pada July 29, 2019 oleh .

Minggu ini, Onitsuka Tiger dan Capcom mengumumkan kolaborasi khas yang mana mereka melancarkan kasut Onitsuka Tiger, MEXICO 66 SD bertemakan watak Chun-Li daripada permainan Street Fighter V: Arcade Edition.

Kolaborasi ini juga menyertakan satu ilustrasi khas yang dilukiskan oleh Masakazu Katsura, iaitu pelukis komik terkenal seperti siri Zetman.

Menurut Onitsuka Tiger, kasut tersebut akan tiba dengan dua pilihan warna antara kombinasi berwarna biru dan kuning, seperti mana watak Chun-Li di dalam permainan Street Fighter V tersebut.

Menariknya juga, kasut tersebut juga menyertakan beberapa visual cetakan dari tali pinggan naga Chun-Li, bersama-sama dengan logo Onitsuka Tiger dan Street Fighter.

Tambahan itu, setiap pembelian kasut tersebut juga akan menyertakan satu kod khas untuk pemain memuat-turun DLC kostum khas watak Chun-Li dengan kasut Onitsuka Tiger x Street Fighter V: Arcade Edition dan pemain berupaya untuk menggunakannya untuk bermain di dalam permainan Street Fighter V: Arcade Edition.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, ianya boleh dibeli di kedai Onitsuka Tiger KLCC ataupun Mid Valley dengan harga RM699.

Meskipun begitu, ianya adalah terhad dan hanya terdapat 5,000 pasang sahaja yang dijual di seluruh dunia. Bagi anda yang berminat, pastikan anda mendapatkannya secepat mungkin hari ini.


TIPS & ULASAN