Informasi Permainan Video Terkini
Oats Studios Memperlihatkan Video Di Sebalik Tabir Penggambaran Filem Pendek Anthem

Oats Studios Memperlihatkan Video Di Sebalik Tabir Penggambaran Filem Pendek Anthem

Diterbitkan pada July 29, 2019 oleh .

Anthem adalah permainan video baharu untuk PC, Xbox dan PlayStation 4. Permainan ini merupakan IP baharu untuk EA dan dibangunkan oleh BioWare. Untuk mempromosikan permainan video ini, mereka turut mempunyai satu filem pendek berjudul – Conviction. Filem pendek ini diarahkan oleh Neill Blomkamp, yang mana sebelum ini pernah mengarah filem seperti Chappie dan juga District 9.

Baru-baru ini, Oat Studios selaku studio yang terlibat dengan penggambaran buat filem pendek ini telah memperlihatkan video di sebalik tabir pembikinan filem pendek ini. Apa yang menarik adalah, filem pendek ini hanya mempunyai durasi 3 minit 45 saat dan usaha untuk menghasilkannya adalah dahsyat. Pelbagai aksi lagak ngeri dilakukan, CGI, banyak prop seperti perisai dan dilakukan digambarkan di banyak set berbeza.

Dengan pengalaman filem dengan elemen robot daripada Neill seperti Chappie, beliau berjaya menghasilkan satu filem pendek yang menarik. Ia mempunyai satu jalan cerita tersendiri dengan beberapa adegan imbau kembali dan juga banyak aksi. Ia seakan satu video acah untuk sebuah filem besar.


TIPS & ULASAN