Jun lepas, Bend Studio baru sahaja melancarkan kemaskini utama buat permainan Days Gone yang mana ianya menyertakan pelbagai DLC percuma buat pemain untuk bermain dengan cabaran-cabaran baharu yang menarik.
Terkini, Bend Studio meneruskan kemaskini tersebut dengan kemaskini seterusnya iaitu 1.30 yang mana mereka bukan sahaja menyertakan cabaran baharu, malah beberapa tetapan tambahan yang mana pasti akan membantu pemain.
Antara kemaskini utama adalah cabaran minggu yang mana minggu ini, pemain berupaya untuk bermain cabaran DLC “Keep Them Safer” di mana pemain akan bertempur dengan 300 Freakers. Selain itu, menurut Bend Studios, cabaran seterusnya akan berlangsung pada 2, 9 dan 16 Ogos kelak.
Dari segi tetapan tambahan, melalui kemaskini 1.30 ini, Bend Studio juga menyertakan beberapa fungsi tambaha seperti keupayaan menterbalikkan kamera mendatar dan tetapan kamera penjejak.
Selain itu, pemain juga kini berupaya untuk menyahaktifkan fungsi pembesar suara di alat kawalan Dualshock 4 dan juga mengubah saiz sari kata, termasuklah nama watak buat suara latar dan tetapan meletakkan warna latar belakang buat sari kata.
Tambahan itu, Bend Studio juga menyertakan fungsi tekanan butang untuk beberapa bentuk permainan dan memudahkan pemain untuk berlari di dalam permainan tersebut.
Kemaskini 1.30 juga menyertakan pelbagai pernambah-baikkan dari segi pembaikan pepijat dan sebagainya. Bagi anda yang ingin melihat senarai penuh, anda boleh ke pautan rasmi Reddit permainan Days Gone.
Days Gone merupakan permainan dunia terbuka yang dibangunkan oleh Bend Studio, eksklusif di konsol Playstation 4. Ianya dilancarkan April lepas dan kami di Aksiz sudah membuat ulasan penuh buat permainan tersebut di mana anda boleh menonton atau membacanya di bawah.