Pada bulan Mac lepas, Hulu telah menerbit video pengumuman yang siri TV Marvel Runaways akan diteruskan dengan musim ketiga. Namun dalam video tersebut tidak ada sebarang butiran mengenai siri TV tersebut. Kini siri ini telah disahkan akan mula disiarkan pada 13 Disember di platform penstriman Hulu.
Ia diumumkan melalui video acah pendek yang memperlihatkan watak-watak utama cedera dan berada dalam keadaan bahaya. Sinopsis untuk siri TV ini adalah Chase, Gert dan Karolina telah ditangkap dan rakan-rakan lain terpaksa bertempur dengan musuh yang menginginkan Leslie. Kemudian Nico telah membawa mereka semua ke alam gelap yang diketuai oleh Morgan le Fay, yang merupakan musuh paling dahsyat yang mereka pernah berhadapan.

Runaways musim ketiga adalah siri TV Marvel yang khusus untuk siaran di paltform penstriman Hulu sahaja. Bagi yang berminat untuk menonton, anda perlu melanggan Hulu dan menggunakan VPN yang sah dan terpilih sahaja untuk melepasi halangan yang dikenakan.