E3 2019 lepas, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan JRPG Dragon Quest XI ke konsol Switch yang mana ianya mempunyai sebilangan kandungan tambahan khas.

Terkini, mel;alui laporan WCCFTech, tampaknya permainan tersebut akan mempunyai pelbagai kandungan tambahan yang lain, termasuklah bentuk penceritaan baharu.

Antara kandungan baharu yang disahkan adalah setiap watak di dalam permainan tersebut akan mempunyai misi pengembaraan solo mereka sendiri. Ini sekaligus akan mengembangkan lagi penceritaan setiap watak di dalam permainan tersebut, sekaligus memberi lebih banyak kandungan penceritaan yang lebih mendalam. Selain itu, terdapat juga beberapa watak baharu yang disahkan akan tiba di dalam pengembaraan solo tersebut.

Selain daripada kandungan tersebut, seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Dragon Quest XI S: Echoes Of An Elusive Age Definitive Edition juga akan menyertakan mod 16-bit yang mana sebelum ini ianya adalah mod khas buat versi 3DS bagi permainan tersebut. Ianya juga akan menyertakan mod kelajuan, sokongan dwi-bahasa dan muzik latar orkestra.

Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age asalnya dilancarkan di Playstation 4 dan PC sebelum ini di mana kami sebelum ini telah pun mengulasnya. Bagi versi Dragon Quest XI S: Echoes Of An Elusive Age Definitive Edition ianya akan tiba di konsol Switch pada 27 September 2019 ini.

Sohor Kini