Informasi Permainan Video Terkini
Filem Wonder Woman 1984 Sedang Menjalani Penggambaran Semula

Filem Wonder Woman 1984 Sedang Menjalani Penggambaran Semula

Diterbitkan pada July 29, 2019 oleh .

Wonder Woman 1984 adalah filem baharu dalam DCEU, yang mana merupakan filem kedua Wonder Woman. Sinopsis filem ini masih lagi menjadi tanda tanya, sama ada ia akan menjadi sekuel ataupun prekuel. Apa yang pasti jalur masa filem ini adalah ia akan berlaku pada tahun 1984.

Filem ini dilihat sedang menjalani penggambaran semula, tetapi tidak dijelaskan apakah sebabnya. Menurut sumber, penggambaran semula ini sedang dilalukan di London. Adakah penggambaran semula ini akan berkait dengan filem The Batman, yang mana Robert Pattinson akan berlakon sebagai Batman/Bruce Wayne zaman muda? Itu tidak pasti lagi, kerana dunia DCEU agak kacau bilau dan tidak mempunyai arah tuju yang baik seperti MCU.

Sebelum ini poster telah pun diterbitkan, memperlihatkan baju zirah berwarna emas serba baharu. Filem ini hanya akan ditayangkan tahun hadapan, tetapi dengan penangguhan rakaman ini tidak pasti bilakah tarikh sebenar. Video acah dijangka akan mula diperlihatkan bermula Disember, apa-apa pun sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN