Versus Evil dan Obsidian Entertainment hari ini mengumumkan yang mereka akan melancarkan permainan Pillars of Eternity: Complete Edition untuk Switch pada 8 Ogos 2019.

Ia dijual dengan harga $49.99 (RM205) akan tetapi jika anda pra-tempah bermula sekarang ia boleh dibeli dengan harga 20% lebih murah iaitu $39.99(RM164) melalui eShop.

Selain menyertakan permainan asas, edisi ini juga akan menyertakan dua DLC iaitu The White March untuk bahagian pertama dan kedua. Pillars of Eternity merupakan permainan RPG yang dikeluarkan oleh Obsidian pada tahun 2015 untuk PC dan 2017 untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Obsidian juga mengatakan yang mereka sendang bekerja keras untuk membawa sekuel kepada permainan ini iaitu Pillars of Eternity II: Deadfire ke konsol.

Nintendo eShop: Pillars of Eternity: Complete Edition

Sohor Kini