Skip to main content

THQ Nordic dan Airship Syndicate minggu ini memperlihatkan edisi terhad buat permainan Darksiders Genesis yang diumumkan oleh mereka sebelum ini.

Melaluinya, terdapat dua edisi terhad yang berbeza di mana kedua-dua menyertakan beberapa kandungan yang menarik, terutamanya buat anda peminat buat siri Darksiders.

https://www.youtube.com/watch?v=BSaIdDztSaA

Edisi pertama yang diperlihatkan adalah edisi pengumpul khas yang mana ianya akan menyertakan figura dan sebagainya. Menurut THQ Nordic, edisi tersebut akan dijual dengan harga $119.99(~RM495) dan ianya akan menyertakan:

  • Permainan penuh Darksiders Genesi
  • Figura khas Strife
  • Bekas besi
  • Buku karya
  • Muzik latar
  • Set pelekat

Edisi pengumpul tersebut akan tiba untuk kesemua platform permainan tersebut iaitu di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

https://www.youtube.com/watch?v=-E1kpNUabB8

Manakala edisi kedua yang diperlihatkan adalah Darksiders Genesis edisi Nephilim yang mana ianya akan menyertakan kesemua kandungan daripada edisi pengumpul bersama-sama dengan set permainan atas meja (Tabletop) yang mana ianya adalah terhad untuk 5,000 unit sahaja buat seluruh dunia.

Dari segi harga pula, edisi Nephilim tersebut akan dijual dengna harga $379(~RM1566) dan ia akan tiba di pelbagai platform seperti edisi pengumpul di atas.

Darksiders Genesis merupakan permainan sampingan buat siri Darksiders yang mana ianya mempunyai bentuk permainan isometrik beraksi. Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan, namun ianya disahkan bakal tiba tahun ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Leave a Reply