Sebelum ini, kami melaporkan yang mana watak Hideo Kojima berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan watak Heartman yang dilakonkan oleh Nicolas Winding Refn ketika acara Comic Con yang berlangsung di San Diego, Amerika Syarikat minggu lepas.

Terkini, Playstation berkongsi satu video acah khas yang mana mereka memperlihatkan watak tersebut dengan lebih lanjut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Heartman merupakan watak yang mana beliau dimatikan setiap 21 minit dan dalam tempoh masa 3 minit beliau akan mencari ahli keluarganya di dalam “dunia lain”.

Melalui video di atas, ianya memperlihatkan watak Heartman berinteraksi dengan watka Sam Bridges yang mana mereka bercakap berkenaan tempoh masa 21 minit tersebut dan menariknya sekali, Heartman menyatakan bahawa beliau sudah pun mati.

Sememangnya ini hanyalah sebahagian daripada adegan permainan tersebut dan kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk bermain permainan tersebut menjelang November ini.

Bagi anda yang masih belum membuat pra-tempahan Death Stranding dan ingin melihat senarai edisi permainan dan harganya, anda boleh ke pautan di bawah.

Sohor Kini