Informasi Permainan Video Terkini
EA Access Untuk PlayStation Kini Boleh Dilanggan Di Malaysia

EA Access Untuk PlayStation Kini Boleh Dilanggan Di Malaysia

Diterbitkan pada July 26, 2019 oleh .

Seperti diumumkan sebelum ini, EA bakal menawarkan perkhidmatan langganan mereka iaitu EA Access untuk pengguna PlayStation 4. Perkhidmatan tersebut memberikan pelbagai kelebihan dengan bayaran bulanan.

Hari ini, perkhidmatan tersebut akhirnya boleh dilanggan oleh pengguna PlayStation di Malaysia. Ia ditawarkan dengan harga RM19 sebulan dan RM99 untuk 12 bulan.

Melalui perkhidmatan ini, pemain akan mendapat pelbagai permainan yang boleh dimainkan secara percuma sepanjang langganan masih aktif. Ia juga memberi peluang kepada pelanggan untuk mencuba demo permainan baharu dan juga potongan harga sebanyak 10% untuk kesemua permainan EA.

Permainan yang ditawarkan percuma adalah (permainan yang ditawarkan di dalam EA Access ini akan dinyatakan sebagai permainan EA Access apabila anda memasuki laman permainan tersebut di PS Store);

  • Battlefield 1
  • Battlefield 4
  • Battlefield 5
  • Battlefield Hardline
  • Burnout Paradise Remastered
  • Dragon Age: Inquisition
  • Fe
  • FIFA 15
  • FIFA 16
  • FIFA 17
  • FIFA 18
  • FIFA 19
  • Madden NFL 15
  • Madden NFL 16
  • Madden NFL 17
  • Madden NFL 18
  • Madden NFL 19
  • Madden NFL 25
  • Mass Effect: Andromeda
  • Mirror’s Edge Catalyst
  • NBA Live 15
  • NBA Live 16
  • NBA Live 18
  • NBA Live 19
  • Need for Speed
  • Need for Speed Payback
  • Need for Speed Rivals
  • NHL 16
  • NHL 17
  • NHL 18
  • NHL 19
  • Peggle 2
  • Plants vs. Zombies: Garden Warfare
  • Plants vs. Zombies: Garden Warfare 2
  • Rory McIlroy PGA Tour
  • The Sims 4
  • Star Wars Battlefront
  • Star Wars Battlefront 2
  • Titanfall 2
  • UFC
  • UFC 2
  • UFC 3
  • Unravel
  • Unravel Two

Untuk melanggan, anda boleh melanggannya melalui PS Store dan kemudian perlu memuat turun aplikasi EA Access Hub ke PlayStation 4 anda.

PS Store: EA Access 1 Bulan

PS Store: EA Access 12 Bulan

PS Store: Aplikasi EA Access Hub


TIPS & ULASAN