Fungsi penyimpanan atas awan sememangnya amat berguna, terutamanya anda yang mempunyai pelbagai sistem PC sama ada di ofis ataupun di rumah. Fungsi tersebut semestinya tidak asing di konsol dan di PC, aplikasi Steam sendiri juga mempunyainya.

Terkini, melalui Epic Games Launcher, tampaknya fungsi tersebut akhirnya dilancarkan.

Menurut Tim Sweeney, iaitu pengasas Epic Games beliau menyatakan di akaun Twitter beliau bahawa fungsi penyimpanan atas awan sememangnya tiba di Epic Games Launcher, namun secara berperingkat di mana mereka mencubanya dengan beberapa permainan sahaja dan antaranya adalah permainan yang ditawarkan secara percuma bermula hari ini iaitu Moonlighter dan This War Of Mine.

Kami sendiri di Aksiz juga mengesahkan bahawa fungsi tersebut akhirnya tiba buat permainan Moonlighter seperti tertera di imej di atas, di mana anda boleh menetapkannya melalui tetapan permainan melalui aplikasi Epic Games Launcher.

Menurut Epic Games, fungsi ini juga bakal tiba pada permainan-permainan lain pada masa akan datang secara berperingkat sekaligus merupakan khabar berita yang sangat baik sekali memandangkan fungsi ini adalah fungsi yang dinanti-nantikan oleh pemain.

Sohor Kini