Skip to main content

Bagi anda yang tidak mempunyai sebarang permainan untuk dimainkan hujung minggu ini, anda mungkin berminat dengan tawaran permainan percuma minggu ini di Epic Games Store di mana bermula hari ini sehingga 1 Ogos ini, anda boleh dapatkan permainan Moonlighter dan This War of Mine secara percuma.

Kedua-dua permainan tersebut diterbitkan oleh 11 Bit Studios di mana Moonlighter memfokuskan bentuk permainan aksi RPG dan This War Of Mine adalah permainan simulasi pertahanan hidup.

Tawaran ini juga agak menarik memandangkan kedua-dua permainan tersebut juga bakal menerima DLC baharu yang mana This War Of Mine bakal menerima DLC Stories – Fading Embers pada 6 Ogos kelak dan Moonlighter pula sudah pun menerima DLC baharu iaitu Between Dimensions.

Semestinya dengan tawaran ini, anda boleh memiliki permainan tersebut secara terus jika anda menebusnya minggu ini sahaja. Menariknya juga, tawaran ini juga merupakan pertama kalinya Epic Games Store menawarkan dua permainan dalam tempoh masa seminggu, di mana minggu lepas hanya satu permainan iaitu Limbo sahaja yang ditawarkan. Selain itu, Epic Games Store juga memperlihatkan senarai permainan buat minggu hadapan iaitu Alan Wake dan For Honor, di mana ianya akan mula ditawarkan pada 2 hingga 9 Ogos ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua permainan tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.

[info] Epic Games Store: Moonlighter dan This War Of Mine [/info]

Leave a Reply