Skip to main content

Lanjutan pengumuman permainan Keep Talking And Nobody Explodes yang diumumkan untuk peranti iOS dan Android sebelum ini, Steel Crate Games akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permua tersebut, iaitu ia bakal dilancarkan pada 1 Ogos 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini telah pun dilancarkan di pelbagai platform termasuklah di konsol dan juga di PC dengan bentuk realiti-maya.

Melalui permainan ini, pemain perlu bekerjasama bersama pemain lain untuk menyelesaikan tekaria bom sebelum ianya meletup. Permainan ini juga memerlukan pemain untuk bekerjasama dengan seorang pemain melakukan tekaria dan pemain lain melihat buku manual untuk menyelesaikan tekaria tersebut.

Menurut Steel Crate Games, permainan tersebut akan dijual dengan harga $9.99(~RM42) melalui App Store buat iOS dan Google Play Store buat Android.

Leave a Reply