Skip to main content

Pada tahun 2009 sebuah filem aksi-komedi bertemakan zombi telah ditayangkan, iaitu Zombieland. Filem ini merupakan filem zombi yang lain daripada yang lain. Walaupun konsep zombi yang digunakan adalah klise, tetapi jalan cerita dan perkembangan watak dalam filem ini menjadikan ia terhibur dan menggelikan hati.

Selepas 10 tahun, akhirnya sekuel buat filem ini akan ditayangkan – Zombieland 2: Double Tap. Filem ini diterbitkan oleh Sony Pictures Entertainment dan apa yang menarik dengan filem ini adalah, empat pelakon utama daripada filem pertama dikekalkan – iaitu Woody Harrelson (Tallahassee), Emma Stone (Wichita), Jesse Eisenberg (Columbus), dan Abigail Breslin (Little Rock).

Sinopsis buat filem ini adalah pengembaraan keempat-empat watak utama menyelamatkan diri daripada bencana zombi yang melanda. Mereka berempat kini melindungi diri di White House dan perlu bertempur dengan zombi-zombii yang telah berubah ansur (evolve) menjadi lebih hebat. Selain daripada itu, mereka juga akan bertemu dengan pelakon-pelakon baru seperti Zoey Deutch, Rosario Dawson (Claire, Luke Cage), Luke Wilson, dan Thomas Middleditch (Richard, Silicon Valley).

Menurut Ruben Fleischer selaku pengarah filem ini, salah satu zombie yang dahsyat adalah T-800. Yang mana berkemungkinan besar adalah watak parodi daripada filem Terminator. Filem ini akan ditayangkan pada 18 Oktober tahun ini, ayuh sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply