Sememangnya penantian itu adalah satu seksaan di mana Piranha Games hari ini sekali lagi mengumumkan bahawa permainan MechWarrior 5: Mercenaries akan ditundakan sekali lagi.

Permainan tersebut asalnya akan dilancarkan September ini, namun terkini Piranha Games menyatakan ianya ditunda dan bakal tiba pada 10 Disember 2019 secara eksklusif di Epic Game Store.

Semestinya ini adalah satu perkara yang agak mengecewakan memandangkan ramai peminat menanti permainan tersebut sejak beberapa tahun lepas. Tambahan itu, sebelum ini permainan tersebut asalnya akan dilancarkan di Steam dan tampaknya Piranha Games mengambil keputusan untuk bekerjasama bersama Epic Games.

Bersempena dengan pengumuman ini, Piranha Games juga menyatakan pelanggan yang sudah membuat pra-tempahan permainan tersebut boleh mendapatkan pembayaran semula sehingga 1 September ini untuk membatalkan pembelian.

Selain itu, Piranha Games juga menyatakan bahawa mereka akan megnadakan beta tertutup khas pada bulan November ini. Namun informasi lanjut berkenaannya akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini