Informasi Permainan Video Terkini
Spider-Man: Far From Home Adalah Filem Spider-Man Pertama Yang Berjaya Mengutip RM4 Bilion

Spider-Man: Far From Home Adalah Filem Spider-Man Pertama Yang Berjaya Mengutip RM4 Bilion

Diterbitkan pada July 26, 2019 oleh .

Spider-Man: Far From Home adalah filem terakhir MCU fasa keempat. Ia juga merupakan filem ke-24 dalam francais FCU dan tidak dinafikan merupakan antara filem Spider-Man terbaik yang pernah dihasilkan. Baik dari jalan cerita, penulisan skrip dan perkembangan watak – filem ini tidak mengecewakan.

Minggu pertama selepas ditayangkan di Malaysia, filem ini berjaya mengutip sebanyak RM21 Juta. Kutipan terkini telah mencatatkan yang Spider-Man: Far From Home telah mencapai lebih RM4 Bilion ($982,052,266 nilai tepat). Spider-Man: Far From Home juga merupakan francais filem Spider-Man dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Untuk kutipan terkini dalam Malaysia, Box Office Mojo mencatatkan yang ia telah mencapai melebihi RM32 Juta ($7,900,583).

Bagi yang belum menonton filem ini di pawagam, ia masih lagi ditayangkan dan bagi yang ingin mengulangi tontonan kali kedua atau lebih – anda masih boleh melakukannya.


TIPS & ULASAN