Magnus Games iaitu sebuah studio pembangunan permainan video dari Malaysia mengumumkan yang permainan mereka Re:Legend akan dikeluarkan di Steam secara akses awal bermula pada 30 Ogos 2019.

Menurut mereka, keputusan untuk memasuki peringkat akses awal terlebih dahulu adalah kerana mereka ingin pemain untuk terlibat di dalam proses pembangunan permainan ini agar mereka dapat menghasilkan permainan menjinaki raksasa dan berkebun terbaik.

Re:Legend sebelum ini diperkenalkan melalui laman biayasama Kickstarter di mana mereka mengutip dana sebanyak S$630 ribu (~RM1.9 juta) yang berakhir pada tahun 2017. Mereka juga mengumumkan kerjasama dengan penerbit permainan 505 Games pada tahun lepas untuk menerbitkan permainan ini.

Re:Legend dirancang untuk dikeluarkan di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Harga buat masa ini tidak dinyatakan tetapi ia sudah tersenarai di Steam jika anda ingin meletakkannya di dalam wishlist terlebih dahulu.

Sohor Kini