Informasi Permainan Video Terkini
Tiket Wayang BoBoiBoy 2 Movie Kini Boleh Dibeli

Tiket Wayang BoBoiBoy 2 Movie Kini Boleh Dibeli

Diterbitkan pada July 25, 2019 oleh .

BoBoiBoy 2 Movie adalah filem kedua BoBoiBoy, selepas filem pertamanya ditayangkan pada tahun 2016. Filem ini pada asalnya adalah siri TV yang dihasilkan oleh Animonsta Studio, yang mana kini menggunakan nama Monsta. Filem kedua dilihat berada di angkasa dan mempunyai banyak aksi. Anda boleh baca serba sedikit mengenai watak baharu Retak’ka melalui pautan di bawah.

Baca Sebab Mengapa Retak’ka Adalah Musuh Paling Berkuasa

Filem BoBoiBoy 2 Movie akan ditayangkan pada 8 Ogos ini. Iaitu sekitar 2 minggu lagi. Tetapi jika anda ingin membeli tiket wayang secara lebih awal, ia kini sudah dibeli. Dengan penjualan awal tiket ini, anda boleh merancang masa anda dengan lebih baik. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak mereka.


TIPS & ULASAN