Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan Street Fighter V: Road To Tokyo Asia Invitational 2019 Diumumkan – Pendaftaran Kini Bermula
PC

Kejohanan Street Fighter V: Road To Tokyo Asia Invitational 2019 Diumumkan – Pendaftaran Kini Bermula

Diterbitkan pada July 25, 2019 oleh .

Capcom hari ini mengumumkan kejohanan Street Fighter V: Road To Tokyo Asia Invitational yang mana ianya akan berlangsung bermula Ogos ini dan pusingan akhir akan diadakan di Tokyo, Jepun ketika acara Tokyo Game Show 2019 pada September kelak.

Dengan hadiah melebihi RM38,000, kejohanan tersebut akan terbuka buat pemain 16 tahun ke atas daripada negara Singapura, Vietnam, Thailand, Hong Kong, Filipina dan semestinya Malaysia.

Street Fighter V: Road To Tokyo Asia Invitational 2019 akan berlangsung dengan pusingan kelayakan secara atas talian dan empat pemain terbaik akan dipilih sebagai pasukan untuk mewakili setiap negara. Pusingan kedua pula akan memilih 3 pasukan terbaik yang akan mewakili negara ke pusingan akhir di Jepun untuk bertempur dengan pasukan dari Jepun dan Korea.

Semestinya, bagi mereka yang berjaya ke pusingan akhir, segala penginapan akan disediakan oleh Ambrasia Multimedia dan juga berpeluang untuk ke kejohanan Capcom Pro Tour 2019 Asia Premier.

Berikut adalah jadual buat kejohanan Street Fighter V: Road To Tokyo Asia Invitational 2019:

  • Pusingan kelayakan atas-talian pertama : 7 hingga 25 Ogos 2019
  • Pusingan kelayakan atas-talian kedua : 30 Ogos 2019
  • Pusingan akhir di Jepun: 13 September 2019

Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pendaftaran buat kejohanan tersebut di pautan di bawah.

Daftar: Kejohanan Street Fighter V: Road To Tokyo Asia Invitational 2019


TIPS & ULASAN