Nexon Thailand hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan sesi percubaan beta buat permua World Of Dragon Nest, bermula 1 hingga 7 Ogos 2019 ini.
Beta tersebut akan dibuka buat pemain di Asia Tenggara, termasuklah di Malaysia secara eksklusif di peranti Android sahaja dan terhad kepada 30,000 akaun sahaja untuk semua negara.
World Of Dragon Nest merupakan permainan mudah-alih MMORPG yang dibangunkan oleh Eyedentity di mana ianya memfokuskan bentuk pengembaraan dunia terbuka dengan bentuk beraksi dengan penceritaannya tersendiri. Bagi anda yang pernah bermain permainan Dragon Nest sebelum ini, sememangnya permainna ini adalah perkembangan daripada permainan tersebut yang mana mempunyai bentuk permainan yang lebih mendalam dan terbuka.
Berikut adalah tarikh beta termasuklah butiran mod tambahan yang bakal tiba bersama:
- Tarikh Beta : 1 hingga 7 Ogos 2019
- Tarikh Beta Mod pemain lawan pemain dan kedai atas-talian : 6 hingga 7 Ogos 2019
Bagi anda yang ingin mencuba beta tersebut, anda boleh ke pautan di bawah dan membuat pendaftaran melalui Google Play Store. Untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan tersebut, anda boleh ke laman rasmi Facebook World Of Dragon Nest.
[info] Daftar: Beta World Of Dragon Nest [/info]