Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan Super Robot Wars V dan Super Robot Wars X ke konsol Switch dan PC melalui Steam. Kedua-dua permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita beberapa tahun lepas.

Buat masa ini, tarikh pelancaran bagi Super Robot Wars V di konsol Switch adalah 3 Oktober 2019. Namun, bagi pelancaran di PC dan juga Super Robot Wars X, Bandai Namco masih belum mengumumkannya.

Melalui pelancaran Super Robot Wars V, Bandai Namco akan menyediakan 20 senario bonus yang mana ianya adalah kandungan tambahan penceritaan buat permainan tersebut yang disediakan bersama. Menariknya, bagi pemain yang melengkapkan senario tersebut, mereka akan menerima ganjaran khas.

Seperti biasa, kami akan kemaskini setelah Bandai Namco berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut termasuklah pelancarannya di Steam dan juga informasi tambahan buat Super Robot Wars X.

Sohor Kini