Skip to main content

Mikael Kasurinen, iaitu pengarah dari Remedy Entertainment berkongsi yang mana permainan akan datang mereka, iaitu Control kini sudah siap dibangunkan dan kini dalam proses peredaran untuk dipasarkan.

Menurutu MIkael Kasurinen, permainan Control adalah permainan hak intelek baharu oleh mereka yang mana ianya mempunyai struktur dan arah baharu buat mereka. Beliau juga menyatakan pembangunan permainan tersebut mengambil masa 3 tahun untuk dilancarkan di 3 platform, sekaligus beliau juga menyatakan ianya adalah satu kejayaan besar buat pasukan mereka.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Control, ianya adalah permainan yang dibangunkan oleh Remedy Entertainment, di mana mereka terkenal dengan siri permainan Alan Wake dan Quantum Break. Melalui Control, permainan tersebut akan memfokuskan watak Jesse Faden di mana beliau perlu menyelesai misteri penculikan adik beliau oleh sesuatu organisasi biro ini.

Control akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC menjelang 27 Ogos 2019 ini.

Leave a Reply