Sebelum ini, kami berkongsikan yang mana Frozenbyte Games akan melancarkan permainan Trine pertama sehingga Trine 3 ke konsol Switch. Sepanjang pengumuman tersebut dua daripada telah pun dilancarkan di Switch iaitu Trine: Enchanted Edition dan Trine 2: Complete Story.
Terkini, bagi permainan Trine 3: The Artifacts Of Power pula, Frozebyte Games akhirnya mengumumkan tarikh pelancarannya iaitu 29 Julai 2019 ini.
Trine 3: The Artifacts Of Power merupakan permainan pengembaraan platformer RPG yang memfokuskan bentuk koperasi dan juga dunia fantasi.
Trine 3: The Artifacts Of Power asalnya dilancarkan di konsol Playstation 4 dan PC di mana ianya juga adalah sebahagian daripada Trine: Ultimate Collection yang diumumkan sebelum ini.
Melalui versi Switch, ianya akan dilancarkan secara digital dan berasingan melalui Nintendo eShop dengan harga $19.99(~RM83). Namun, bagi anda yang ingin menanti versi koleksi bersama siri permainan Trine, tarikh pelancaran Trine: Ultimate Collection akan diumumkan kemudian.