Skip to main content

Disney Tsum Tsum Festival merupakan permainan parti yang memfokuskan bentuk penyelesaian tekaria bersama rakan-rakan sebanyak 4 pemain serentak.

Nintendo Japan hari ini mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 10 Oktober 2019, buat masa ini tiada pengesahan jika ia juga tarikh untuk pengeluaran secara global.

Selain itu, mereka juga mengumumkan berkas khas Switch bersama dengan permainan tersebut yang akan menyertakan konsol Switch dengan rekaan khas.

Ia menyertakan Joy-con yang berwarna ungu dan merah jambu bersama dengan hiasan watak-watak daripada permainan ini. Ia hanya diumumkan untuk pasaran Jepun sahaja dan akan dijual dengan harga ¥36,000 (~RM1370).

Leave a Reply