Defiant Development merupakan studio pembangunan permainan video dari Australia yang terkenal dengan permainan Hand of Fate dan juga sekuel Hand of Fate 2.

https://twitter.com/DefiantDev/status/1153868904067813376

Melalui penulisan di laman FB, mereka mengumumkan yang studio tersebut kini hanya beroperasi secara kecil-kecilan untuk memberi sokongan kepada permainan-permainan yang sudah dikeluarkan.

Penulisan itu juga mengatakan majoriti pembangun mereka kini terpaksa mencari pekerjaan baharu. Ia juga mengumumkan yang kesemua projek yang sedang dibangunkan kini dibatalkan, dan berkongsi satu video untuk permainan baharu yang kini tidak lagi akan dikeluarkan.

Ia adalah satu perkara yang sangat dikesali apabila studio terpaksa ditutup terutama studio yang menghasilkan permainan yang baik dan menarik seperti kedua-dua siri Hand of Fate.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan takziah kepada yang terkesan dan berharap masa depan yang lebih baik.

Sohor Kini